ARTIKEL

Durian Pasir Pandak pilihan pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejak dahulu, Kampung Pasir Pandak begitu terkenal sebagai perkampungan nelayan yang kaya keindahan alam semula jadi.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, terletak di kawasan Dun Pantai Damai, kampung tersebut mempunyai pantai yang indah yang bersambung dengan Kampung Pasir Panjang.

Menurutnya, sejak dahulu lagi kampung tersebut amat popular dan menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah.

“Kita dapat lihat pada hujung minggu, ramai masyarakat berkunjung ke kampung ini untuk melihat pemandangan indah,” katanya.

Jelasnya, kampung tersebut turut menyediakan kemudahan inap desa untuk masyarakat merasai kehidupan di perkampungan nelayan.

“Inap desa di kampung ini amat popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan tetapi juga pelancong asing,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) berkata, lebih menarik lagi, kampung tersebut turut menghasilkan durian yang istimewa sehingga menjadi kegilaan masyarakat ketika musim Raja Buah.

“Kalau beli durian, pilihan pertama masyarakat sudah pasti durian dari Pasir Pandak,” jelasnya. Katanya lagi, masyarakat tempatan di kampung tersebut turut menjalankan perniagaan menjual hasil laut, ikan kering dan kuih tradisional.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira