PELAKON terkenal Dynas Mokhtar meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah majikan yang suka berleter dan memarahi pekerja di tempat kerja.
Menerusi video TikTok, Dynas, 41, menyatakan emosi tidak terkawal majikan boleh memberi kesan buruk produktiviti pekerja.
Menurutnya, sikap seperti ini hanya membuatkan pekerja hilang motivasi dan tidak dapat bekerja dengan sepenuh hati.
Dynas menyeru majikan supaya lebih profesional dan bijak mengawal emosi.
“Ada cara untuk menegur pekerja tanpa menjejaskan perasaan mereka,” tambahnya.
Ramai warganet bersetuju dengan pandangan Dynas, menyatakan bahawa pekerja berhak untuk bekerja dalam persekitaran yang positif.
Mereka menyokong agar majikan bermuhasabah diri dan menjadi pemimpin yang lebih baik.



