ARTIKEL

Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay Hangatkan Malam Kedua RWMF 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan legenda Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay menggamatkan pentas utama Festival Muzik Hutang Hujan Sedunia (RWMF) 2025 pada malam kedua.

Diketuai oleh gitaris asal Earth, Wind & Fire, Al McKay, kumpulan ini bukan sekadar membawa nostalgia lagu-lagu ikonik seperti September, Let’s Groove, dan Boogie Wonderland.

Mereka membawa bersama legasi, semangat dan mesej cinta yang menjadi teras sejak kumpulan asal ditubuhkan oleh Maurice White pada era 70-an.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, salah seorang vokalis kumpulan, Timothy Tyrone Owens berkata, persembahan mereka bukan sekadar hiburan semata-mata, malah satu penghormatan terhadap visi pengasas asal mereka.

“Kami tampil dengan barisan 13 pemuzik berbakat di atas pentas untuk memastikan setiap persembahan mengekalkan keaslian bunyi dan jiwa Earth, Wind & Fire,” katanya.

Artis tempatan seperti Naungan, Mathew Ngau Jau with Lan E Tuyang, dan Buddha Beat ft Sinaran Collective pula memastikan semangat tempatan terus menyala dalam festival yang diraikan di tengah-tengah hutan hujan tropika Sarawak.

Kumpulan Muzik Legenda Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay Hangatkan RWMF 2025.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU