ARTIKEL

SEMANGAT...Para peserta yang hadir Larian Eko Hari Hijau 2023 di Kampung Trombol

Eco Run Green Day pupuk semangat kelestarian alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Larian Eko Hari Hijau 2023 menjadi platform penting bagi memupuk semangat masyarakat dalam mengekalkan sumber kelestarian alam sekitar di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, aktiviti yang diadakan di pantai Trombol itu dilihat telah menarik golongan belia sekali gus mengekalkan budaya kebersihan pada generasi akan datang.

“Satu usaha yang begitu murni saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana membantu meningkatkan kebersihan di pantai Trombol, tahniah dan syabas kepada semua peserta.

“Hal ini mengajar kita untuk mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan kita sepanjang masa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut di Kampung Trombol, di sini, hari ini.

Menurutnya, program anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) ini adalah selari dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dan langkah jangka panjang yang diambil oleh negeri ini.

“Kelestarian sumber alam semula jadi menjadi keutamaan kepada masyarakat dan kita semua.

“Maknanya kita haruslah menggalakkan mana-mana usaha mencantikkan dan melestarikan alam sekitar dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan akan terus menyokong program komuniti yang diadakan di kawasan Trombol.

Tambahnya, banyak program yang diadakan oleh MPP berterusan sepanjang masa dan usaha itu menjadikan ikatan setiakawan antara pihaknya dan MPP semakin erat.

Terdahulu, dianggarkan seramai lebih 200 peserta telah hadir memberikan sokongan terhadap program termasuk daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Politeknik Kuching, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai.

HADIAH…Abdul Rahman (Empat kiri) menyerahkan sijil kepada salah seorang peserta larian Eko Hari Hijau 2023 di Kampung Trombol

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan