EDUNITED juara tanpa bolos

PASUKAN warga pendidik Bahagian Mukah, EDUNITED menjuarai Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Ketua Polis Daerah Dalat 2019 setelah menewaskan pasukan RANDO FC 1-0 dalam aksi final di Padang Mesra MDDM Mukah petang kelmarin.

Penyerang handalan, Zaidi Bujang muncul wira EDUNITED setelah menjaringkan gol tunggal dalam masa tambahan.

EDUNITED cemerlang sepanjang kejohanan, menang semua aksi tanpa bolos.

EDUNITED membelasah Sokanjaya dengan jaringan 6-0, mengalahkan RMPD 1-0 dan menempah ke perlawanan akhir setelah menundukkan IPDM FC dengan jaringan 5-0.

Pemain EDUNITED, Abd Khalik Suut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan tiga gol.

Manakala tempat ketiga menjadi milik RMPD. Pasukan lain yang turut bertanding ialah pasukan Sokanjaya, IPDM FC dan Mukah Medic FT.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh ADUN Tellian, Yussibnosh Balo. Turut hadir pada majlis penutupan rasmi ialah DSP Roslan Bin Leman, Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Jimmy Panyau, Ketua Polis Daerah Mukah, AO Ismail Kasih wakil Residen Bahagian Mukah, Temenggong Hendi Suhai dan ketua-ketua jabatan.

Pertandingan tersebut adalah bersempena sambutan Hari Polis Ke-212, di samping mengeratkan silaturahim melalui sukan bola sepak selaras dengan tema, “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Pertandingan julung kali ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.- Ryan Blaise EJA

KAMI JUARA… Barisan pemain EDUNITED meraikan detik kejuaraan.

Suara Sarawak