ARTIKEL

PERSAINGAN SENGIT...Pemain sayap lincah KCFC, Joao Pedro (kiri) diasak hebat oleh bekas bintang Real Madrid, Asier Illarramendi.

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan penggiliran pemain serta mengatur keutamaan dengan lebih teliti.

Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, keadaan itu menuntut pengurusan kecergasan yang lebih baik memandangkan pemain perlu melalui perlawanan berintensiti tinggi dalam tempoh singkat.

Menurutnya, The Cats tidak boleh memberikan tumpuan sama rata kepada setiap pertandingan kerana Liga Super kekal penting dalam usaha memastikan kelab kembali layak beraksi di pentas Asia musim depan.

“Sudah tentu liga perlu menjadi antara keutamaan supaya kita dapat mengekalkan kedudukan dan berpeluang kembali bermain di Asia musim depan,” katanya pada sidang media selepas aksi Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) menentang Kitchee SC yang berakhir dengan 1-1, di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Aidil berkata, jadual yang padat turut memberi kesan dengan tahap kecergasan dan ketajaman pemain, justeru penggiliran menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Penggiliran pemain turut menyaksikan Aidil menggunakan beberapa pilihan taktikal berbeza, termasuk meletakkan Joao Pedro di posisi bek kiri ketika menentang Kitchee.

Menurut Aidil, keadaan itu bukan alasan untuk menurunkan tahap persembahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran The Cats dalam mengendalikan tuntutan pertandingan domestik dan antarabangsa.

Selepas menamatkan aksi ACL2 malam tadi, Kuching City tidak mempunyai banyak masa untuk menjalani latihan intensif apabila perlu kembali memberikan tumpuan kepada Liga Super.

The Cats dijadual bertandang ke Brunei menentang DPMM FC dalam aksi Liga Super pada Ahad ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU