ARTIKEL

Ejen hartanah untung RM15,000 tapi rugi hampir RM400,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang ejen hartanah di sini kerugian kira-kira RM400,000 setelah terpedaya dengan kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri lelaki berusia awal 30-an itu melayari laman sesawang sebuah syarikat pada penghujung Ogos 2023, sebelum nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam satu kumpulan telegram.

“Mangsa diberikan satu pautan untuk membolehkan mangsa mendaftar akaun bagi menyelesaikan tugasan dan penerangan cara tugasan yang perlu dilakukan iaitu pembayaran stok barang syarikat dipesan pelanggan.

Mangsa kemudian dikehendaki membuat bayaran ke atas setiap pesanan barangan yang diminta pelanggan dan dijanjikan keuntungan, katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mangsa melakukan 45 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke 12 akaun bank yang berlainan pada penghujung Ogos sehingga penghujung September 2023.

Lelaki berkenaan hanya dapat untung RM15,985 pada dua minggu pertama sahaja.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila tugasan pembayaran barang yang diminta semakin meningkat dan jumlah barang yang perlu dibayar turut semakin bertambah sedangkan tiada keuntungan diterima mangsa selepas itu dan laporan polis dibuat pada 9 Oktober.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU