ARTIKEL

Ekonomi digital tumpuan Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Memperkasakan ekonomi digital dalam kalangan peniaga kecil antara perkara yang akan diberikan tumpuan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee sekiranya mendapat mandat.

Jelasnya, ia selari dengan sasaran Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan ekonomi digital yang secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan ekonomi setempat.

Selain itu, katanya, beliau juga akan mengkaji untuk mengadakan program industri hiliran memandangkan industri di kawasan tersebut adalah daripada industri perikanan serta menambah baik produk tempatan seperti belacan, ikan, ikan masin dan sebagainya.

“Saya lihat di DUN Jepak sama ada di kampung atau rumah panjang, masing-masing ada produk.

Jadi, di sini kita boleh buat kajian untuk kita boleh pasarkan produk mereka in

“Sekarang ini dunia digital, orang boleh membeli mengguna Shopee atau Lazada.

InsyaAllah, kita akan lihat.

Kita akan bekerjasama,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Perasmian ALAF di Rumah Danggang anak Subah at KM33, Jalan Bintulu-Tatau, di sini, semalam.

Justeru beliau memaklumkan, sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat kelak, beliau mahu membawa agensi berkaitan ke DUN Jepak untuk menganjurkan lebih banyak latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat penduduk.

“Dalam masa sama, mereka boleh menjana pendapatan daripada kemahiran tersebut dan meningkatkan ekonomi setempat dan mengambil kesempatan menceburi dalam bidang ekonomi digital,” katanya.

Selain itu, beliau juga akan menganjurkan lebih banyak program terutamanya kepada belia untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka sesuai dengan Bintulu mempunyai banyak industri yang memerlukan tenaga mahir.

Beliau berkata, ia bukan sahaja meneruskan legasi bekas ADUN Jepak, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip tetapi membantu memberi masa depan yang lebih baik kepada belia.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beliau akan mengenal pasti cara untuk membantu golongan terlibat selain melengkapkan mereka dengan kemahiran berdasarkan minat agar relevan dengan pembangunan Sarawak.

PRK Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Iskandar, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU