ARTIKEL

TAHAN…Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes disyaki rogol, semalam.

Polis Mukah Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Rogol Wanita 18 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes disyaki rogol membabitkan seorang wanita berusia 18 tahun di Jalan Petanak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan semalam, susulan laporan polis yang diterima berhubung kejadian itu pada hari sama.

TAHAN…Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes disyaki rogol, semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa pergi ke kediaman lelaki yang dikenalinya kira-kira pukul 10 pagi pada 14 Oktober lalu selepas menerima pelawaan untuk berjumpa.

“Mangsa mendakwa berlaku perbuatan seksual tanpa persetujuannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Rizal, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Mukah untuk menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

“Polis turut menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, mendapatkan bahan bukti serta merakam percakapan saksi-saksi berkaitan bagi membantu siasatan.

TAHAN…Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes disyaki rogol, semalam.

“Permohonan reman terhadap suspek dikemukakan di Mahkamah Majistret Mukah pada hari ini dan diluluskan selama enam hari hingga 22 Oktober depan bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat peribadi mangsa, termasuk identiti, alamat dan nombor telefon, bagi menjaga privasi serta kebajikannya.

Tegasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bagi membantu siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU