ARTIKEL

Delegasi Jiangsu Normal University Kewen College bersama-sama wakil TEGAS dan UNIMAS bergambar kenangan selepas sesi perkongsian mengenai ekosistem inovasi dan inkubasi syarikat pemula di TEGAS Digital Village.

Ekosistem inovasi syarikat pemula Sarawak tarik perhatian Jiangsu Normal University Kewen College

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ekosistem inovasi dan pembangunan syarikat pemula di Sarawak terus mendapat perhatian antarabangsa menerusi kunjungan delegasi akademik dari Jiangsu Normal University Kewen College, China ke TEGAS Digital Village (TDV) di sini, hari ini.

Lawatan yang disertai 12 kakitangan akademik itu merupakan sebahagian daripada Program Mobiliti Kakitangan Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertujuan memberi pendedahan secara langsung mengenai pendekatan Sarawak dalam membangunkan inovasi, keusahawanan serta perusahaan berteraskan teknologi.

Delegasi berkenaan diketuai Dekan Jiangsu Normal University Kewen College, Prof Hu Funian serta dianggotai timbalan dekan, pengarah, profesor madya dan pensyarah daripada beberapa fakulti termasuk School of Innovation and Entrepreneurship, School of Electrical Engineering and Intelligent Manufacturing, School of Artificial Intelligence and Software, School of Management serta School of Arts and Sciences.

Turut mengiringi delegasi ialah wakil UNIMAS Business School, Dr Connie Lim Keh Nie sementara TEGAS diwakili Pengurus Kanan Perancangan Strategik dan Kerjasama, Afida Khasuma Zaidi.

Sepanjang lawatan itu, delegasi mengikuti sesi pembelajaran berasaskan industri bertemakan “Pembangunan Ekosistem Inovasi dan Inkubasi Syarikat Pemula: Amalan Terbaik daripada TEGAS Sarawak” yang mengetengahkan model pembangunan ekosistem inovasi di negeri ini.

Menerusi sesi tersebut, TEGAS berkongsi peranan agensi berkenaan dalam memperkasa budaya inovasi dan keusahawanan selain menerangkan pelbagai program pembangunan usahawan, sokongan kepada syarikat pemula serta inisiatif bagi memperkukuh ekonomi digital Sarawak.

Delegasi turut diberi pendedahan mengenai fungsi TDV sebagai hab inovasi dan keusahawanan selain peranan Digital Innovation Hubs (DIH) dalam memperluaskan akses kepada teknologi, bimbingan serta peluang pembangunan perniagaan di seluruh negeri.

Sesi interaktif yang berlangsung membuka ruang pertukaran idea dan pengalaman antara ahli akademik dari China dengan wakil TEGAS khususnya berkaitan amalan terbaik dalam pembangunan bakat, pemerkasaan inovasi serta pengkomersialan teknologi.

Selain itu, mereka turut dibawa melawat fasiliti TDV bagi melihat sendiri kemudahan yang disediakan kepada komuniti syarikat pemula, usahawan teknologi serta pemain industri digital di Sarawak.

Mereka juga berpeluang mengadakan sesi jaringan bersama syarikat pemula dan penyewa di TDV bagi memahami pengalaman sebenar membangunkan perniagaan berasaskan inovasi dengan sokongan ekosistem TEGAS.

Kunjungan tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan akademi dan industri antara Sarawak dengan China, malah membuka peluang kerjasama lebih luas dalam bidang penyelidikan, inovasi, pembangunan bakat serta keusahawanan teknologi pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU