ARTIKEL

Eksesais Perkasa Timur APMM tingkat keamanan perairan negara berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: 14 buah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya mengharungi lima hari pelayaran berjarak 850 batu nautika di Laut Cina Selatan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, program sempena Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, beberapa siri latihan telah dijalankan sepanjang program termasuk navigasi, latihan pendaratan dek, sistem komunikasi, penggeledahan, kawalan kebanjiran, api, serta tembakan di laut.

“Kelangsungan dan kelancaran latihan mempamerkan sikap profesionalisme, keupayaan dan tahap kompetensi warga Maritim Malaysia dalam memikul tanggungjawab selaku penguat kuasa Maritim negara.

“Eksesais ini telah mencapai tujuannya apabila keberadaan aset-aset Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan telah dirasai.

“Hal ini dibuktikan apabila Bot Nelayan Asing (BNA) yang menceroboh masuk ke kawasan perairan negara secara besar-besaran di kedudukan 15 hingga 20 batu nautika selatan Amboyna Cay telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran aset agensi dalam skala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Eksesais Maritim Perkasa Timur di Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin, hari ini.

Tambahnya, hasil eksesais turut berjaya melaksanakan pengusiran terhadap kapal penguat kuasa negara asing yang berada di kawasan perairan negara.

Dalam perkembangan sama, Hamid menegaskan eksesais ini mampu memperkasa kebolehupayaan dan pengoperasian bersama Maritim Negeri Sabah dan Sarawak pada operasi mendatang di kawasan Laut China Selatan.

Dedahnya, hasil eksesais ini juga telah berjaya mengumpul maklumat dan maklum balas daripada semua kru terlibat dalam penambahbaikan tatacara pengendalian piawaian operasi pada masa akan datang.

Eksesais Maritim Perkasa Timur telah menjalani tiga fasa latihan bermula dengan fasa pelabuhan melibatkan sesi taklimat siri latihan yang dilaksanakan pada 28 dan 29 Oktober lalu di pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir majlis, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus dan Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Zulinda Ramly.

PERKASA…Kelihatan kapal maritim yang terlibat dalam pelayaran Eksesais Perkasa Timur 2023

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim