ARTIKEL

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Sarawak Agrofest 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Eksport Ikan Batang Ai ke Singapura meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Peningkatan eksport ikan dari Batang Ai ke Singapura menunjukkan potensi besar untuk Sarawak memperluas industri akuakultur, memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perkembangan ini membuktikan ikan yang diternak di Sarawak mempunyai pasaran di luar negeri dan negara, sekali gus membuka ruang untuk sektor akuakultur dikembangkan secara lebih agresif.

“Jumlah ikan yang kita eksport dari Batang Ai ke Singapura semakin meningkat.

Ini bermakna ada pasaran di luar Sarawak dan Malaysia yang mahukan ikan yang boleh kita ternak.

“Jadi, apabila kita membuka kawasan penanaman padi, mungkin kita juga boleh menternak ikan berdekatan kerana kawasan ini memerlukan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sarawak Agrofest 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Abang Johari berkata Sarawak boleh mengintegrasikan aktiviti penternakan ikan dengan kawasan penanaman padi bagi memaksimumkan penggunaan sumber air, selain menyediakan sumber pendapatan tambahan kepada petani.

Katanya, reka bentuk kawasan pertanian pada masa depan perlu mengambil kira potensi menggabungkan beberapa aktiviti pengeluaran dalam satu kawasan.

Menurutnya, pendekatan itu sebahagian daripada usaha mentransformasikan sektor pertanian Sarawak daripada aktiviti pengeluaran konvensional kepada sektor yang lebih moden, bersepadu dan berorientasikan pasaran.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi ruang kepada masyarakat, khususnya golongan muda, untuk mengetengahkan idea baharu dalam sektor pertanian dan makanan.

Abang Johari berkata pembangunan akuakultur dan sektor makanan merupakan antara bidang yang boleh menyumbang kepada usaha Sarawak mempelbagaikan asas ekonominya serta meningkatkan pendapatan masyarakat dan keterjaminan makanan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road