ARTIKEL

Chieng Jin Ek ketika membahas RUU Cuti Umum (Pindaan) 2026 di DUN Sarawak. | Foto: Ramidi Subari

Elak ketidakpastian apabila cuti bertindih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pindaan Ordinan Cuti Umum Sarawak dijangka memberikan kepastian lebih jelas kepada pekerja, keluarga dan majikan dalam merancang aktiviti apabila cuti umum bertindih atau jatuh pada Ahad.

ADUN Bukit Assek, Chieng Jin Ek berkata, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Cuti Umum (Pindaan) 2026 itu akan memperkemas peruntukan undang-undang berkaitan cuti gantian di Sarawak.

Katanya, di bawah pindaan dicadangkan, jika cuti umum yang ditetapkan jatuh pada Ahad, hari Isnin berikutnya akan menjadi cuti umum gantian.

“Jika hari Isnin itu pun merupakan cuti umum, hari berikutnya akan dijadikan cuti umum gantian, melainkan diperintahkan sebaliknya oleh Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan warta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Cuti Umum (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Chieng berkata, keperluan pindaan itu dapat dilihat pada 2026 apabila Hari Wesak jatuh pada Ahad, manakala Isnin dan Selasa berikutnya sudah ditetapkan sebagai cuti umum sempena Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan keperluan mekanisme yang lebih sistematik bagi mengelakkan ketidakpastian apabila beberapa cuti umum bertindih.

Beliau berkata, kepastian itu turut membantu majikan dan perniagaan merancang jadual pekerja, waktu operasi, penghantaran serta pengeluaran, selain memudahkan penyelarasan kalendar sekolah, jabatan kerajaan dan agensi awam.

Chieng berkata, Ordinan Cuti Umum Sarawak yang diperkenalkan pada 1946 perlu dikaji semula dari semasa ke semasa bagi menangani kekurangan dan meningkatkan keberkesanannya.

Katanya, Sarawak juga boleh mengambil iktibar daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai peruntukan berkaitan cuti gantian apabila cuti umum bertindih dengan hari kelepasan mingguan atau cuti umum lain.

Beliau berharap pelaksanaan pindaan itu dapat dilakukan dengan lancar, termasuk melalui penyediaan panduan sewajarnya kepada agensi berkaitan dan orang awam.

Chieng berkata, berdasarkan pernyataan penjelasan RUU berkenaan, pindaan itu tidak melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan.

Beliau menyokong RUU berkenaan kerana ia dapat memperjelas peruntukan cuti umum Sarawak serta mengurangkan ketidakpastian dan keperluan campur tangan pentadbiran berulang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium