ARTIKEL

FB Jabatan Penerangan Malaysia

Elakkan jadi mangsa pautan palsu melalui SMS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak mengklik sebarang pautan yang diterima melalui SMS, yang dipercayai berpotensi memperdaya pengguna untuk memuat turun aplikasi palsu serta mencuri data peribadi.

Menurut kenyataan dalam perkongsian di laman Facebook rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, pautan tersebut digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melancarkan penipuan siber.

Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengingatkan pengguna untuk sentiasa berhati-hati dan memeriksa kesahihan maklumat sebelum mengambil tindakan.

“Pautan tersebut boleh mengancam keselamatan data peribadi anda. Lindungi diri anda daripada penipuan siber dengan tidak terpedaya oleh tawaran mencurigakan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga disarankan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Sikap berhati-hati dan berwaspada terhadap pautan mencurigakan merupakan langkah penting untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

BERITA LAIN

Polis kesan tujuh kanak-kanak terlibat pergaduhan

MIRI: Perselisihan antara sekumpulan kanak-kanak yang sebelum ini sering bermain bersama-sama bertukar menjadi pergaduhan di kawasan tanah lapang berhampiran sebuah rumah di Tudan Desaras Fasa

BERITA TERBARU

Polis kesan tujuh kanak-kanak terlibat pergaduhan

MIRI: Perselisihan antara sekumpulan kanak-kanak yang sebelum ini sering bermain bersama-sama bertukar menjadi pergaduhan di kawasan tanah lapang berhampiran sebuah rumah di Tudan Desaras Fasa