ARTIKEL

Kredit: Bernama

Polis kesan tujuh kanak-kanak terlibat pergaduhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Perselisihan antara sekumpulan kanak-kanak yang sebelum ini sering bermain bersama-sama bertukar menjadi pergaduhan di kawasan tanah lapang berhampiran sebuah rumah di Tudan Desaras Fasa 6, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian itu membabitkan tujuh kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara lapan hingga 13 tahun.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada bapa kepada mangsa pada 2.40 petang, semalam, selepas satu rakaman video berdurasi 44 saat kejadian itu tular di media sosial Facebook.

“Polis berjaya mengesan kesemua tujuh kanak-kanak yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan mendapati mereka merupakan rakan dan sering bermain bersama sebelum tercetus perselisihan yang membawa kepada pergaduhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pergaduhan dipercayai berpunca apabila seorang kanak-kanak perempuan mengejek salah seorang daripada mereka menggunakan kata-kata kesat.

Katanya, perkara itu menyebabkan rakan yang lain tidak berpuas hati sebelum berlaku tindakan menendang dan menolak mangsa seperti yang dirakam dalam video berkenaan.

“Bagaimanapun, kanak-kanak yang dipukul dalam rakaman itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Mohd Farhan berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,