Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Empangan Baleh selamat dan stabil

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sepanjang tempoh pembinaan Empangan Baleh, air dari Sungai Baleh dialihkan melalui terowong dan struktur dibina bagi tujuan mengeringkan persekitaran kerja pembinaan empangan utama.

Kelmarin Sarawak Energy Berhad (SEB) menjelaskan, bongkah dan kerikil pula digunakan bagi tujuan pembangunan beban struktur justeru, rembesan yang berlaku merupakan fenomena biasa.

“SEB juga telah memaklumkan kepada pihak berkepentingan termasuk Pejabat Residen Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mambong dan masyarakat yang sentiasa menerima pemakluman yang dikemas kini mengenai keadaan tersebut.

“SEB memberi jaminan kepada penduduk integriti dan pembinaan empangan berkenaan stabil dan selamat,” kata kenyataan itu bagi menjawab isu video tular yang menunjukkan rembesan air yang berlaku di Loji Tenaga Hidroelektrik Baleh.

SEB menjelaskan, projek Baleh termasuk semua loji tenaga lain dikendali Sarawak Energy, dibina mengikut amalan terbaik antarabangsa yang menepati pembinaan empangan besar untuk memastikan integriti dan keselamatan struktur di bawah Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Empangan Besar (Icold).

“Ia termasuk standard dan garis panduan utama yang memastikan projek tenaga air dapat dilaksanakan dibina dan dikendalikan dengan selamat.

“Malah kerja persiapan, penyelidikan dan kajian geologi terperinci dilakukan pada pelbagai tahap pengembangan projek tenaga air dari kajian prakelayakan awal, kajian kelayakan, reka bentuk tender dan reka bentuk kejuruteraan secara terperinci,” katanya.

SEB juga memantau paras air dengan teliti di semua lokasi dan stesen projek tenaga air terutama ketika musim hujan di Sarawak. Orang ramai dan pihak berkepentingan lain diminta menghubungi pasukan HEP Baleh jika ada kemusykilan melalui talian aduan khas di talian 019-8828641 atau e-mel ke Baleh.hydro@ sarawakenergy.com.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang