Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Empangan Hidroelektrik Bakun milik Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Kesungguhan Abang Johari membincangkan pengambil alihan sepenuhnya Empangan Hidroelektrik Bakun untuk dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak daripada pemilikan Kerajaan Persekutuan, membuktikan beliau serius mempertahankan hak Sarawak.

Pengambilalihan empangan tersebut melalui syarikat milik kerajaan, Sarawak Energy Berhad (SEB) yang membeli pegangan ekuiti dalam Sarawak Hidro Sdn Bhd dari Kerajaan Persekutuan.

Abang Johari turut menyifatkan, “pengambilalihan ini membolehkan Kerajaan Negeri dan SEB muncul sebagai pemilik penuh kemudahan elektrik di negeri ini, seterusnya meningkatkan keupayaannya dalam mengoptimumkan pengurusan dan operasi pembekalan elektrik di negeri ini.”

Empangan Hidroelektrik Bakun mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2014 dengan pengeluaran kapasiti 2,400MW.

SEB memiliki tiga empangan tenaga boleh diperbaharui, termasuk Empangan Hidroelektrik Batang Ai, dan Empangan Hidroelektrik Murum.

Sarawak berpotensi mengeksport tenaga tersebut kepada negara jiran, selain meneruskan dasar pengurangan tarif dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Sarawak bakal muncul sebagai pengeluar utama tenaga elektrik bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat luar.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru