ARTIKEL

Empat buah kenderaan musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Empat buah kenderaan musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel kereta di Kampung Damai, Jalan Sungai Rait, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 7.40 malam.

Katanya, sejurus menerima laporan mengenai insiden berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan BBP Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kadar segera.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang telah terbakar 100 peratus di dalam sebuah bengkel bersebelahan dengan rumah pemiliknya.

“Selain itu, kebakaran juga telah merebak ke struktur bangunan rumah kekal dua tingkat sehingga menjejaskan sedikit bahagian tepi bangunan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, proses pemadaman api segera dilakukan dan berjaya dikawal pada jam 8.37 malam.

“Proses pemadaman api selesai pada jam 9.50 malam dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Manakala punca kebakaran serta kerugian kini masih dalam siasatan,” katanya.

ihak bomba sedang giat melakukan proses pemadaman api

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU