ARTIKEL

CEDERA… Empat individu cedera dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berhampiran Tokong Yu Lung San Tian En, Batu 17 Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu, tengah hari tadi.

Empat cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Empat individu dilaporkan cedera dalam satu kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berhampiran Tokong Yu Lung San Tian En, Batu 17 Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu, tengah hari tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Abdul Malik Chi, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.43 petang dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi pada pukul 2.00 petang.

“Berdasarkan laporan, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Seorang mangsa perempuan tersepit di bahagian penumpang, manakala pemandu lelaki mengalami patah tangan kanan dan cedera di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan.

Abdul menambah, dua individu membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan remaja perempuan berusia 14 tahun mengalami kecederaan ringan.

Katanya, anggota bomba menggunakan alat pemotong hidraulik (power unit) untuk mengeluarkan gadis yang tersepit dengan selamat.

“Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut melibatkan lapan anggota bomba menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah Triton. Agensi lain yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road