ARTIKEL

Empat kes baharu disyaki COVID-19 direkod di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat kes baharu disyaki COVID-19, penyakit novel koronavirus direkodkan di Sarawak hari ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Dua daripada pesakit dalam siasatan (PUI) itu berada di Hospital Miri dan masing-masing seorang di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Dengan kes terbaharu ini, Sarawak mencatatkan jumlah kumulatif 80 kes PUI yang dilapor antara 10 Jan sehingga hari ini dengan majoriti 59 adalah rakyat Malaysia, 18 warga China dan masing-masing seorang dari Thailand, Indonesia dan Kanada,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, 64 daripada 80 kes PUI yang dilapor, disahkan negatif daripada jangkitan COVID-19 dan hanya 16 kes sedang menunggu keputusan ujian makmal.

Sehingga tengah hari semalam, Jabatan Kesihatan Sarawak telah menyaring lebih 5,000 pelawat yang melepasi lapangan terbang serta yang masuk atau keluar menerusi jalan darat, dan laut di negeri ini. – Bernama

BERITA LAIN

Nicholas gesa bina poliklinik baharu di Tunoh

KUCHING: Penduduk pedalaman Bukit Mabong berdepan kos perjalanan, penginapan dan kehilangan pendapatan ketika mendapatkan rawatan, mendorong cadangan pembinaan poliklinik baharu di Tunoh bagi memudahkan akses

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

BERITA TERBARU