ARTIKEL

TAHAN…Empat lelaki ditahan selepas kesemua mereka didapati positif dadah, hari ini. Blurkan muka

Empat Lelaki Ditahan Positif Dadah di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Operasi bersepadu pencegahan jenayah dan waran tangkap di sekitar Siniawan serta Kampung Peninjau Baru di sini hari ini membawa kepada penahanan empat lelaki selepas kesemua mereka didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 33 tahun itu ditahan selepas saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah.

Menurutnya, saringan berkenaan dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau pada kira-kira 10.30 pagi.

“Kesemua suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Dalam percakapan awal, kesemua suspek mengaku kali terakhir mengambil dadah jenis syabu sehari sebelum ditahan.

“Semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod lampau mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, manakala seorang lagi mempunyai satu rekod mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Dua lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Mohd Haide berkata, operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Op Waran Tangkap BSJND Bau Bilangan 126/2026.

Beliau menambah, tiada rampasan dadah atau sitaan barang kes direkodkan dalam operasi berkenaan.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat