ARTIKEL

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian

Empat wanita selamat dari dihempap pokok akibat angin kencang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Empat wanita terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan setelah kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok yang patah akibat angin kencang melanda bandar raya Miri sejak awal pagi tadi.

Sebuah kenderaan yang dinaiki empat wanita telah dihempap pokok di hadapan Hotel Mercure tengah hari tadi

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari berhadapan dengan Hotel Mercure.

Setelah menerima laporan mengenai kejadian tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan berlakunya kejadian pokok tumbang dan menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.

“Terdapat empat orang wanita menaiki kenderaan tersebut, namun kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu, katanya, pihak bomba bertindak memotong dan membersihkan pokok yang tumbang menggunakan gergaji berantai.

Kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh pihak bomba berjaya ditamatkan sekitar jam 12.45 tengah hari dan operasi sekali gus ditamatkan pada masa yang sama.

Terdahulu, angin kencang dan hujan lebat melanda bandar raya Miri dari pagi telah menjejaskan beberapa kawasan apabila pokok tumbang sehingga menghalang lalu lintas.

Antara kawasan yang turut terjejas adalah kawasan Baitulmal, Tanjung Pulau Melayu, Vista Perdana, Miri Times Square, Jalan Jumbo Senadin dan Jalan Padang Kerbau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU