ARTIKEL

TIADA RUANG... Emylia Lynn Ghazali Zulfikar (kiri) mengasak lawannya, Yong Feng Yue (kanan) pada perlawanan tersebut. | Foto: Gabriel Lihan

Emylia Lynn mara ke final Muay Thai 45kg wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Atlet Muay Thai wanita Sarawak, Emylia Lynn Ghazali Zulfikar tidak berdepan masalah mara ke final kategori 45kg wanita.

Ia berikutan kejayaan menyingkirkan lawan dari Sabah, Yong Feng Yue dengan kemenangan 30-14 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di pusat beli-belah KSL Esplanade sebentar tadi.

Aksi seimbang diperagakan oleh kedua-dua wakil kepulauan Borneo itu pada awal pusingan pertama.

Bagaimanapun, Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menemui rentak dan terus mendominasi perlawanan.

Dominasinya berterusan pada pusingan kedua dan ketiga sekali gus memastikan kemenangan miliknya untuk mara ke final bagi penentuan pingat emas.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha