ARTIKEL

Jerip menyerahkan cek bantuan dana UNIFOR kepada wakil Gereja St Patrick Kampung Semadang, Azelina Panyin (tengah).

Enam gereja terima dana UNIFOR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam gereja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong menerima dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini.

Dana berjumlah lebih RM3 juta itu diserahkan oleh ADUN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil, kepada wakil gereja terbabit di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur 1, Petra Jaya hari ini.

Gereja terbabit ialah St Patrick Kampung Masaan, St George Kampung Bawang, St Patrick Kampung Semadang, St Andrew Kampung Sitang, St Isodore Kampung Bangau dan BEM Bethel Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS).

“Saya berharap dana yang diberikan ini akan digunakan sepenuhnya oleh gereja-gereja tersebut untuk menaik taraf serta menambah baik infrastruktur gereja masing-masing,” kata Jerip ketika ditemu bual.

Dalam pada itu, Jerip berkata permohonan dana UNIFOR itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada gereja-gereja di dalam kawasannya.

Katanya, hasil daripada itu, banyak gereja telah mendapat manfaat sama ada dari segi infrastruktur dan sebagainya.

“Sekarang yang ketara sudah siap ialah Gereja St George Kampung Bawang serta St Philip Kampung Annah Rais.

“Selain itu, Gereja St Paul Kampung Bunuk, yang akan dibina semula, dan kemungkinan kerja-kerja pembinaan dijangka mula dilaksanakan pada penghujung tahun ini,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira