ARTIKEL

Enam lelaki tempatan dicekup polis di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Enam lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 37 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Similajau Bintulu – Miri, awal pagi semalam.

Siasatan awal polis mendapati dua daripada mereka sedang menjalani perintah pengawasan polis atas kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam serbuan pertama, dua lelaki berumur 27 dan 37 tahun ditahan oleh Unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kidurong selepas terserempak dengan kedua-dua saspek dalam keadaan mencurigakan.

Apabila pasukan memperkenalkan diri sebagai polis, kedua saspek telah melarikan diri,namun, berjaya ditangkap selepas adegan kejar mengejar.

Hasil pemeriksaan badan dan beg saspek, pihak polis menjumpai pelbagai barangan seperti spanar, allen key, lampu suluh dan lain lain.

Kedua–dua saspek turut gagal memberi keterangan munasabah atas pemilikan barang – barang tersebut.

Hasil soal siasat, sepasukan detektif Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu, telah melakukan serbuan berasingan mengesan dan menangkap saki baki kumpulan saspek yang dipercayai aktif melakukan pecah stor kawasan Tanjung Kidurong dan berjaya menangkap empat lagi lelaki tempatan berumur antara 28 tahun hingga 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili semasa mengesahkan kes tersebut memberitahu kesemua saspek dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini untuk perintah tahanan reman.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pecah rumah memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan denda dan jika berniat untuk mencuri penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun.

Saspek juga disiasat dibawah Seksyen 35(g) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1957 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda RM1000 atau kedua-duanya sekali.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira