ARTIKEL

Enam premis makanan di bandar Sibu dikenakan notis kebersihan

Enam premis makanan di Sibu diarah tingkat kebersihan dalam 14 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Enam premis makanan di sepanjang Jalan Cross, Jalan Kampung Nyabor, Jalan Hua Kiew dan Jalan Keranji dikenakan notis kebersihan selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan hari ini melibatkan Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Kementerian Kesihatan.

Pemeriksaan bermula dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran SMC, Kaunselor Ying Sy Huat, bersama lapan lagi kaunselor, pegawai penguatkuasa dan pegawai kesihatan dari SMC dan KKM.

“Sebanyak enam premis diperiksa dan kesemuanya didapati mempunyai kekurangan dari segi kebersihan sebelum diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan serta penambahbaikan dalam tempoh 14 hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua daripada premis turut diarahkan melupuskan peralatan dapur yang usang dan tidak lagi sesuai digunakan.

“Menjaga kebersihan premis makanan adalah tanggungjawab asas dan menjadi keutamaan demi keselamatan pengguna.

“Premis makanan mesti memastikan dapur, tandas dan peralatan mereka sentiasa bersih. Kebersihan bukan pilihan, ia wajib untuk melindungi pengguna serta menjaga reputasi perniagaan,” tambahnya.

Beliau menegaskan MPS tidak akan berkompromi dalam isu kesihatan awam.

“Kita menjalankan pemeriksaan setiap bulan, dan pengusaha perlu bertindak secara bertanggungjawab. Jika gagal, tindakan lanjut boleh diambil,” jelasnya.

Dalam operasi sama, pasukan penguat kuasa MPS turut mengeluarkan kompaun RM100 kepada sebuah pengusaha kopitiam atas kesalahan memasak di kaki lima.

Pegawai KKM pula memberi tumpuan kepada pendidikan kesihatan, termasuk memberi penerangan kepada pengendali makanan mengenai amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat.

“Pemeriksaan susulan akan dijalankan bagi memastikan semua premis mematuhi kehendak kebersihan SMC dan KKM,” tambah Yiing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road