ARTIKEL

Enam remaja diperintah ke Sekolah Hendry Gurney, sebab kematian pengawal keselamatan di Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Enam remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan sebuah hotel di Batu Kawa, Oktober lalu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah dua pesalah muda masing-masing berusia 18 tahun di hantar ke Sekolah Hendry Gurney sehingga berusia 21 tahun selepas pendengaran laporan sosial.

Manakala, Majistret Zubaidah memerintah empat pesalah kanak-kanak berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun dihantar ke sekolah tersebut selama tiga tahun selepas pendengaran laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Mengikut pertuduhan, kesemua remaja lelaki terbabit yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Enam remaja terbabit antara beberapa lagi yang didakwa membunuh tanpa niat seorang lelaki berusia 51 tahun
dalam satu video tular di media sosial, kejadian berlaku di hadapan sebuah hotel di Batu Kawa, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.00 pagi, 30 Oktober lalu.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, pengadu merupakan majikan si mati mendapati mangsa telah dipukul beramai-ramai oleh beberapa lelaki tidak dikenali.

Si mati kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia dua hari selepas kejadian.

Terdahulu, dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama, mula menjalani hukuman penjara pada 10 November lalu.

Manakala, pada 16 November lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lima tahun terhadap Hartley Tuntun, 33, dan isterinya, Ayu Abdullah, 25 selepas mengaku bersalah.

Ayu turut dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu kononnya dicabul oleh mangsa.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.