ARTIKEL

Esok penentuan juara Liga Bola Sepak Zon, Sibu 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMBALI FOKUS…Pemain Machan FC kelihatan bersemangat ketika sesi latihan.

KUCHING: Petang esok bakal menjadi penentu, pasukan yang akan dinobat sebagai juara Liga Bola Sepak Zon, Sibu 2022.

Dua pasukan, Machan FC dan 7DSC akan berentap pada perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Tan Sri Azman Hashim, Sibu Jaya.

Di atas kertas, peluang lebih terarah kepada Machan FC dengan mengambil kira kelebihan dimiliki skuad kendalian Ramles Sari yang dibarisi ramai bekas pemain Sarawak dan Kuching City.

Berbanding, 7DSC yang diperkuatkan pakar sepakan bebas, Abang Za’afari Abang Othman selain penggempur kelahiran Mukah, Sufizal Ismail.

Apa pun, aksi final petang esok dijangka sengit dan menarik kerana masing-masing fokus kepada satu misi iaitu mahu memastikan kemenangan sekali gus bergelar juara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU