ARTIKEL

Esports Merdeka FIFA 2022: Aidil Afiz muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAKAM KENANGAN…Para pemenang merakam gambar sebaik selesai pertandingan.

KUCHING :Pertandingan Esports Merdeka FIFA 2022 yang berlangsung baru-baru ini menobatkan Aidil Afiz sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM600, piala dan baucer makanan TinyGrill.

Aidil berjaya mengalahkan 31 lagi peserta menerusi pertandingan anjuran Pemuda Ranting Muhibbah N.8 Satok dan Pemuda N.8 Satok sempena hari Kebangsaan itu.

Acara itu turut menyaksikan naib johan milik Afiq Aqmar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta pingat dan baucer makanan TinyGrill.

Manakala, tempat ketiga jatuh kepada RaadKhalik dan turut membawa pulang wang tunai RM100, pingat dan baucer makanan Tinygrill.

Ketua Pemuda N.8 Satok, Mohammad Akram Karim mengucap terima kasih kepada Satria Asam Pedas selaku penaja gelanggang pertandingan, TinyGrill (penaja baucer makan) dan juga Kelab Sukan Elektronik FVP atas sokongan yang diberikan untuk pengelolaan pertandingan kali ini.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah itu, Setiausaha Ketua Pemuda N.8 Satok Sharol Fariz, Ketua Pemuda dan Setiausaha Ranting Muhibbah N.8 Satok, Samsuria dan Syazwan Heikle.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat