ARTIKEL

EU tolak keputusan Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Israel mengesahkan sembilan penempatan haram di Tebing Barat dan mengubahnya menjadi penempatan baharu.

Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.

Kenyataan itu memaklumkan penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan mengulangi bahawa EU tidak mengiktiraf sebarang perubahan yang dibuat di luar sempadan 1967.

EU juga membuat gesaan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan segera membatalkan keputusan itu.

Sebuah jawatankuasa dianggotai menteri-menteri Israel pada Ahad meluluskan rancangan untuk membatalkan undang-undang mengenai pemisahan dari utara Tebing Barat yang digubal pada 2005.

Menurut Agensi Anadolu, anggaran menunjukkan bahawa sekitar 650,000 pendatang Yahudi tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.- Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,