KOTA SAMARAHAN: Cetusan semangat buat pemain EX-SPT FC dalam mengharungi kempen musim 2025.
Skuad kendalian Musa @ Tuwet Hamid mendapat tajaan jersi daripada Napi Mohamad & Family (NMF).
Majlis simbolik penyerahan jersi tersebut berlangsung malam kelmarin di kediaman keluarga berkenaan di Kampung Niup, Kota Samarahan.
Menurut Tuwet, pihaknya ingin merakam ucapan terima kasih kepada penaja (NMF) atas keprihatinan menaja jersi tersebut.
“Saya mewakili pengurusan pasukan ingin merakam ucapan terima kasih kepada NMF kerana sudi menaja jersi kepada EX-SPT FC musim depan. Saya percaya usaha murni pihak NMF menaja jersi berkenaan akan mencetuskan semangat para pemain kami,” ujar Musa kepada Arena Suara Sarawak.
Pasukan EX-SPT FC musim depan dijangka menyertai beberapa kejohanan besar selain akan mengadakan siri jelajah ke beberapa bahagian di negeri ini.


