ARTIKEL

Fadillah adakan pertemuan dua hala di Beijing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala pada bahagian kedua lawatan rasminya ke China.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi kini dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke China bermula 12 hingga 19 November.

Lawatan itu bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pembinaan kapasiti komoditi, terutamanya dalam mempromosikan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di peringkat global.

Beliau dijangka bertemu dengan Naib Premier China, Ding Xuexiang dan Liu Guozhong serta Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China, Yu Jianhua.

Fadillah juga dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Tang Renjian, menghadiri sesi pertemuan dengan pelajar Malaysia di Beijing dan mengambil bahagian dalam sesi penglibatan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia.

Beliau juga dijangka bertemu dengan diaspora Malaysia di Beijing selepas menyantuni diaspora Malaysia di Shanghai pada 12 November lepas.

Terdahulu ketika di Shanghai pada Selasa, Fadillah menyaksikan majlis penganugerahan sijil MSPO untuk syarikat China, Grand Oils and Fats (Dongguan) Co Ltd. China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 14 tahun lepas.

Pada 2022, nilai eksport produk agrikomoditi Malaysia ke China menyumbang sebanyak 12.8 peratus daripada jumlah eksport komoditi pertanian Malaysia di pasaran antarabangsa, dengan nilai RM26.46 bilion, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2021.

Delegasi Malaysia berlepas dari Beijing ke Kuala Lumpur pada 19 November. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU