ARTIKEL

Fadillah nafi bertanding PRN-12 Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan dakwaan bahawa beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Tegas Ahli Parlimen Petra Jaya itu, ia hanyalah khabar angin dan beliau sendiri tidak pernah mendengar perkhabaran tersebut.

“Itu hanya ura-ura. Jadi, tunggu pengumuman daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg.

“Saya sendiri pun tak ada mendengar berita tersebut. Jangan percaya dengan khabar angin,” Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin bahawa beliau akan turut bertanding pada PRN-12, hari ini.

Untuk rekod, Fadillah menjadi wakil rakyat Petra Jaya selepas memenangi kerusi parlimen itu buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU 11) 2004, dan terus mengekalkan kerusi itu pada PRU12, PRU13, dan PRU14.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU