ARTIKEL

fb Fahmi Fadzil

Fahmi ucap takziah atas pemergian pereka grafik Harian Metro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah atas pemergian pereka grafik Harian Metro Muhammad Faizal Mohd Fauzi, 44 yang meninggal dunia hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai antara tenaga penting di sebalik tabir dunia media dan penerbitan negara.

“Saudara Faizal merupakan antara tenaga penting di sebalik tabir yang telah banyak menyumbang kepada dunia media dan penerbitan tanah air,” katanya.

Muhammad Faizal, yang menetap di Apartmen Abdullah Hukum dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai dan berkhidmat lebih dua dekad dengan Harian Metro, turut dikenang atas sumbangan beliau dalam bidang grafik media.

Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat handai Allahyarham selain mendoakan agar mereka diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan itu.

Beliau juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menurut sumber, jenazah Muhammad Faizal dijangka menjalani proses bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya esok sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,