ARTIKEL

UNTUK KENANGAN... Barisan atlet Sarawak dan Sabah yang menyertai pertandingan itu.

Festival Sarikei 2025: Pertandingan gusti lengan curi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pertandingan Gusti Lengan yang dianjurkan sempena Festival Sarikei 2025 berlangsung meriah dan berjaya menghimpunkan seramai 41 orang peserta.

Pertandingan sehari (2 Ogos) bertempat di perkarangan Dewan Suarah Sarikei dianjurkan oleh 55Brotherhood Gym – menampilkan peserta dari Kuching, Serian, Sibu, Kapit, Kanowit, Sarikei, Bintangor, Saratok, Bintulu, dan Sabah.

Menurut kenyataan akhbar, pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori – Berat Terbuka Profesional, Amatur (75kg ke atas) dan Amatur (75kg ke bawah).

Kategori Berat Terbuka Profesional menyaksikan Jong Chi Joon dari Serian muncul juara, Acho Prince Kee dari Kuching ditempat kedua dan Kolwin Justine dari Sabah ditempat ketiga.

Bagi kategori Amatur (75kg Ke atas), Nicholas Louis dari Sibu merangkul tempat pertama, diikuti Mohammad Roslan dari Saratok ditempat kedua dan Gibson Bangga dari Bintangor ditempat ketiga.

Sementara itu, kategori Amatur (75kg Ke bawah) didominasi atlet dari Saratok, Aubrey Aldrey Aga ditempat pertama dan Mohd Faris Chula ditempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh Abdul Rahim dari Bintulu.

Kemasukan kategori amatur bertujuan untuk mengenal pasti dan memupuk bakat baharu yang boleh dilatih sebagai wakil masa depan Sarawak dalam sukan gusti lengan.

Penganjur menekankan kepentingan membina asas kukuh atlet tempatan bagi memastikan pertumbuhan dan daya saing yang berterusan dalam sukan itu.

Acara itu dijayakan hasil sokongan Residen Bahagian Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong yang memberi kepercayaan kepada Faris Nordin dan Hafiz Abdullah dari 55Brotherhood Gym untuk mengetuai penganjuran pertandingan tersebut.

Usaha mereka adalah sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar untuk meningkatkan aktiviti sukan semasa Festival Sarikei tahunan dan untuk mempromosikan sukan berasaskan kekuatan dalam masyarakat tempatan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan