ARTIKEL

Kredit gambar: Rapid KL

Final Piala Malaysia: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam Ahad ini bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan berkenaan dijadual berlangsung pada 9 malam, Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi tren bagi dua laluan iaitu Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya turut dilanjutkan bagi menampung pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.  

Menurut kenyataan itu, untuk menukar laluan dari Laluan Ampang/Sri Petaling ke Laluan Putrajaya, hanya Stesen Sungai Besi akan dibuka.  

“Stesen lain di Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen di laluan tersebut untuk meneruskan perjalanan pulang,” maklum kenyataan itu.

Rapid Rail turut menasihati penonton yang hadir ke perlawanan untuk merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan kemudahan parkir di Park N’ Ride yang disediakan di stesen sepanjang Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya.

Penumpang juga disaran menggunakan kad Touch ‘n Go atau kaedah pembayaran tanpa tunai manakala pengguna token pula digalakkan membuat pembelian awal bagi perjalanan pergi dan balik.

“Rapid KL akan menempatkan kakitangan tambahan di lokasi strategik bagi membantu penumpang sepanjang tempoh lanjutan operasi tersebut,” menurut kenyataan itu. 

Maklumat lanjut mengenai jadual perkhidmatan Rapid KL serta kemudahan Park N’ Ride di stesen boleh diperoleh di www.myrapid.com.my. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira