ARTIKEL

Penampilan Firdaus Materang di Fish Market Party Night.

Firdaus Materang gegar pentas antarabangsa di Bayuwangi Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyanyi tempatan, Firdaus Materang bakal menggegarkan pentas antarabangsa menerusi penampilan istimewanya sebagai artis jemputan dalam acara Fish Market Party Night Live Music yang berlangsung di Plensengan, Kampung Mandar, Indonesia, 5 Julai ini.

Acara berkonsep santai dijadual bermula jam 7 malam hingga 10 malam – menampilkan kumpulan muzik tempatan Indonesia, Mellow Quistic dengan latar pasar ikan sebagai lokasi utama persembahan.

Menurut Firdaus, selain membuat persembahan, beliau turut dijadualkan menjalani beberapa penggambaran sepanjang keberadaannya di sana.

“Saya juga akan merakamkan lagu baharu bersama penyanyi Indonesia, Selvi Ayunda sepanjang berada di sana kelak,” ujarnya.

Terdahulu, Firdaus telah melancarkan beberapa single baharu sepanjang tahun ini dibawah Studio Harmoni Biru termasuk Cadangan Cinta, Kerasnya di Perantauan serta lagu duet bersama Selvi Ayunda berjudul Pertama Ngabes yang mendapat sambutan hangat peminat tempatan dan negara jiran.

Kehadiran Firdaus di pentas muzik Indonesia membuktikan bakat anak tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa dan membina jaringan kerjasama seni merentas sempadan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road