ARTIKEL

Dr. Sim Kui Hian menyempurnakan upacara memandikan Buddha pada Sambutan Hari Wesak 2026 di Persatuan Buddha Sarawak, Jalan Wan Alwi, Simpang Tiga, hari ini | Foto: Ramidi Subari

Fokus bina perpaduan menerusi tindakan dan dasar inklusif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak tidak mengamalkan budaya menuding jari atau mewujudkan perpecahan dalam masyarakat, sebaliknya menumpukan usaha membina perpaduan menerusi tindakan dan dasar inklusif, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Beliau berkata pendekatan itu membolehkan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

“Kita bukan sekadar bercakap mengenai perpaduan, tetapi Sarawak ‘walk the talk’ (melaksanakannya).

“Sarawak memilih untuk membina dan bukannya memecah-belahkan. Sebab itu kita tidak mengamalkan budaya menuding jari atau bermusuhan, sebaliknya menunjukkan hasil melalui tindakan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Wesak 2026 di Persatuan Buddha Sarawak, Jalan Wan Alwi, Simpang Tiga, hari ini.

Jelas beliau, komitmen Kerajaan Sarawak terhadap prinsip keterangkuman dapat dilihat menerusi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama.

Sebagai contoh, katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM90 juta kepada rumah ibadat pelbagai agama termasuk gereja dan tokong pada tahun ini.

Dr. Sim berkata, kejayaan yang dinikmati Sarawak hari ini bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil usaha berterusan semua pihak dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan negeri.

“Sebab itu seluruh Malaysia melihat kepada Sarawak. Jika ada pihak mahu mencapai hasil seperti yang kita nikmati hari ini, mereka boleh melihat apa yang kita lakukan di sini,” katanya lagi.

Beliau berkata, sambutan Hari Wesak turut menjadi platform untuk menghayati nilai belas ihsan, kebijaksanaan dan toleransi yang kekal relevan dalam masyarakat masa kini.

Katanya, semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat Buddha melalui pelbagai program kebajikan, pendidikan dan keagamaan turut menyumbang kepada keharmonian sosial di Sarawak.

Justeru, beliau menghargai peranan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang terus memperkasakan perpaduan antara penganut pelbagai agama menerusi pelbagai program serta inisiatif kebajikan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,