ARTIKEL

Datuk Hilmy Othman

Fokus kepada ekonomi hijau dan digital di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan infrastruktur moden akan terus menjadi keutamaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan di negeri ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman, berkata ini selaras dengan usaha mencapai status sebagai bandar mesra untuk kanak-kanak dan warga emas, berpegang teguh pada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS2030).

“Pada 2025, kita di Kuching Utara berazam untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandar yang lebih berdaya saing, inovatif, dan mampan.

“Misi kita adalah memastikan setiap lapisan masyarakat, sektor ekonomi, dan sosial di Kuching Utara dapat berkembang dan mencapai kemajuan yang seimbang,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2025, hari ini.

Pada masa sama, Hilmy berkata, pembangunan digital dan ekonomi hijau akan menjadi tumpuan utama pihak majlis, di samping meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam berkualiti.

Beliau percaya bahawa dengan kerjasama yang erat antara kerajaan dan warga bandaraya, visi menjadikan bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar yang mampan dan berdaya saing dapat direalisasikan.

“Tahun 2025 membuka lembaran baru bagi kita semua, dan kita terus bertekad untuk menjadikan bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar yang mampan, berdaya saing, dan mampu menawarkan persekitaran yang lebih baik kepada seluruh warganya.

“Dalam mencapai matlamat yang lebih besar, kita berpegang teguh pada PCDS 2030, yang merupakan agenda utama kerajaan negeri dalam meletakkan Sarawak di landasan pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Di bawah PCDS 2030, Kuching Utara akan terus memperkukuh infrastruktur, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam, serta mendorong pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

“Dalam masa yang sama, kita juga bertekad untuk menjaga kelestarian alam sekitar, dengan memastikan bahawa setiap langkah pembangunan yang diambil adalah selaras dengan prinsip pembangunan mampan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU