ARTIKEL

BANK NEGARA MALAYSIA

Fokus pada keperluan keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa kelmarin.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, dokumen dasar itu menetapkan keperluan bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selain mengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan serta perkhidmatan.

“Dokumen dasar ini disertakan dengan pernyataan balas untuk menjawab maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan.

“Disertakan juga semakan FAQ bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan yang ditetapkan BNM serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan keperluan dokumen dasar wang elektronik ini,” kata BNM dalam laman sesawang rasminya. 

Bank pusat berkata, semakan dokumen dasar dan FAQ ini dibuat selaras dengan pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 463/2024] dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 461/2024] yang mengecualikan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) daripada dokumen dasar ini. Menurut BNM lagi, dokumen dasar tersebut menetapkan keperluan dan panduan pengawalseliaan oleh BNM kepada EMI yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. – Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU