ARTIKEL

Datuk Dr Annuar Rapaee

FTES perlu disusuli sokongan Kerajaan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Komitmen Sarawak membiayai pendidikan tinggi menerusi Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) perlu disusuli sokongan setara Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelajar Sarawak dan Sabah menikmati akses pendidikan yang adil dan saksama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, peningkatan tawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 4,200 tempat setahun untuk pelajar dari kedua-dua negeri itu merupakan langkah penting ke arah tersebut.

Pendidikan pada asasnya merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, justeru komitmen lebih besar diperlukan bagi memperluas peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Sarawak dan Sabah.

“Jika Sarawak, yang mempunyai bidang kuasa perlembagaan terhad dalam pendidikan, mampu menunjukkan komitmen besar untuk melabur dalam masa depan rakyatnya, Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberikan komitmen setara, malah melebihinya,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Pelaksanaan FTES membuktikan kesungguhan Sarawak dalam membangunkan modal insan serta menjadikan pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa depan rakyat.

Pelaburan dalam pendidikan bukan sekadar melibatkan peruntukan kewangan, malah menjadi asas kepada pembangunan modal insan dan kemakmuran jangka panjang negeri serta negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, komitmen Sarawak memperluas akses pendidikan perlu disusuli tindakan konkrit Kerajaan Persekutuan bagi memastikan sokongan yang diberikan membawa manfaat nyata kepada generasi muda, khususnya di Sarawak dan Sabah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU