ARTIKEL

SETIAUSAHA BDFA...Saiful Hanizam Suhaini.

Futsal Wanita Terbuka Betong 2025: 11 pasukan rebut gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 11 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Kejohanan Futsal Wanita Terbuka Betong 2025, Piala Dagin Hafsah Saleh yang dijadual berlangsung di gelanggang futsal Pusat Sukan Riveria, Debak, Betong pada Sabtu dan Ahad ini.

Pasukan yang turun berentap dalam kejohanan dua hari itu mewakili pelbagai kelab dari Debak, Betong, Saribas Saratok, Sarikei, Mukah dan Kuching.

Setiausaha Kehormat BDFA, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, 11 pasukan terbabit ialah Varmos FC (Debak), Afa FC (Kuching), Nebulae FC (Mukah), Fuerza FT (Kuching), Beenez FT (Sarikei), Avengers Romanoff (Betong), Sessang Tigris (Sessang), Wanisari FT (Saribas), Alter Ego FC (Sibu), Bumi Emas FT Serembang/Manggut dan Ladies FC (Saratok).

“Kita menjangkakan saingan sengit akan berlaku mengambil kira pasukan yang turut serta mewakili pelbagai kelab handalan,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, format kejohanan liga peringkat kumpulan untuk peringkat awal.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak bersaing di peringkat kalah singkir.

“Saingan peringkat awal secara liga kumpulan dan dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kalah singkir,” tambah Saiful lagi.

Hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 keseluruhan. Juara akan menerima wang tunai RM1,000 beserta pingat.

“Naib juara pula akan menerima wang tunai RM700 beserta pingat. Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM400 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah Saiful.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha