ARTIKEL

Tertuduh yang memakai baju putih dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 1 oleh anggota polis wanita selepas prosiding tamat.

Gadis Indonesia Dipenjara Ceroboh Sempadan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja perempuan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memasuki Sarawak tanpa permit perjalanan yang sah pada 11 Mac lalu.

Agis, 19, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut apabila dikesan berada di negara ini tanpa dokumen sah dalam satu serbuan di sebuah kafe di Jalan Stutong sekitar jam 11.50 pagi pada tarikh berkenaan.

Mengikut Seksyen 6(3) akta sama, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali selain berdepan hukuman sebat maksimum enam kali. Bagaimanapun, mahkamah tidak mengenakan hukuman sebat terhadap tertuduh wanita.

Iris turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman penjara tersebut.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis menjalankan serbuan di sebuah kedai makan menerusi Ops Dadu kerana disyaki terdapat aktiviti judi dalam talian sebelum menahan tertuduh.

Polis turut merampas barangan milik tertuduh termasuk sebuah telefon bimbit untuk tujuan siasatan.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia manakala semakan rekod JIM mengesahkan tiada data kemasukan warga asing itu melalui Sarawak.

Semasa prosiding, tertuduh mendedahkan dia telah berada di negara ini selama lima bulan selepas menceroboh masuk melalui sempadan negara di Jalan Biawak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira