ARTIKEL

Gawai lebih bermakna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Setelah sekian lama bergantung kepada generator, penduduk Rumah Benet Bukit Papit yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro, di sini, akhirnya menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Lebih menggembirakan apabila kemudahan itu dinikmati mereka hanya beberapa hari lagi menjelang sambutan hari Gawai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad menerusi laman portal rasmi N.43 Daro memberitahu, kesemua 16 pintu rumah panjang berkenaan sudah menikmati bekalan elektrik.

Kemudahan itu katanya, disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui skim Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES).

“Menyedari keperluan penduduk di DUN saya ini, maka saya berusaha mendapatkan bekalan elektrik bagi mereka. Akhirnya berkat kesungguhan dan kesabaran, ia akhirnya membuahkan hasil.

“Ini adalah hadiah kerajaan untuk rakyat dan saya berharap kemudahan itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk .

“Sehubungan itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SESCO atas komitmen yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung amat berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana prihatin dan memenuhi permintaan mereka untuk mendapatkan kemudahan asas tersebut.

“Kami bersyukur kerana penantian untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam akhirnya menjadi kenyataan,” ujarnya.

Keceriaan jelas terpancar pada wajah Tuai Rumah Benet, Bukit Papit, Meradong di bawah DUN N.43 Daro setelah ke semua 16 pintu rumah panjangnya disambung bekalan elektrik.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road