ARTIKEL

MELANGKAH KE AKHIR…Pasukan Gedong Unity.

Gedong Unity, X Movent mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan Gedong Unity dan X Movent berjaya mara ke pentas akhir kempen Piala FA Serian 2023.

Kedua-dua pasukan terbabit menempah slot bagi penentuan juara selepas menumpaskan lawan masing-masing peringkat separuh akhir di Kompleks Sukan Serian petang tadi.

MANTAP… Pasukan X Movent.

Gedong Unity mengejutkan pilihan popular SPFC dengan jaringan (3-1). Berbanding, kemenangan (5-3) X Movent ke atas TBS 23 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat dengan jaringan 1-1 pada masa penuh perlawanan.

“Syukur…kami berjaya melangkah ke perlawanan akhir bagi kempen Piala FA Serian 2023.

“Terima kasih kepada semua pemain kerana telah menampilkan aksi yang cukup luar biasa sekali,” ujar pengurus pasukan Gedong Unity, Mohd. Nidzam Azha Ashaari kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Nidzam, pemainnya berjaya menterjemah strategi yang diguna pakai ketua jurulatih (Rozaini Romainor) sepanjang perlawanan tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan itu akan berlangsung pada 17 Disember nanti di Kompleks Sukan Serian.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan