ARTIKEL

Japan Meteorological Agency. | Bernama

Gegar penghujung berterusan sejak gempa bumi bermagnitud 7.1 landa Kumamoto, Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Lebih 10 gegar penghujung direkodkan di barat daya Jepun selepas gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggegar Wilayah Kumamoto pada Selasa, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA), lapor Xinhua.

Menurut agensi itu, setakat 5.20 petang waktu tempatan, sebanyak 15 gegar penghujung telah direkodkan termasuk satu berukuran 6.1 magnitud yang menggegarkan wilayah berkenaan.

Gempa kuat itu melanda Wilayah Kumamoto pada kira-kira 4.27 petang waktu tempatan dengan keamatan maksimum berada pada paras 7 mengikut skala keamatan seismik Jepun.

Susulan kejadian itu, semua perkhidmatan kereta api di rantau Kyushu termasuk kereta api laju Shinkansen dan kereta api tempatan dihentikan serta-merta, lapor Kyodo News.

Bagaimanapun, tiada sebarang keanehan dilaporkan berlaku di loji kuasa nuklear di wilayah  berkenaan.

JMA memaklumkan ini merupakan kali pertama keamatan seismik paras 7 direkodkan di Jepun sejak kejadian Gempa Bumi Semenanjung Noto pada Januari 2024.

Ia juga kali pertama Wilayah Kumamoto merekodkan keamatan seismik paras 7 sejak Gempa Bumi Kumamoto 2016, yang menyaksikan paras 7 direkodkan sebanyak dua kali.

Ekoran gempa itu, amaran tsunami setinggi satu meter telah dikeluarkan bagi kawasan Laut Ariake dan Laut Yatsushiro di barat daya Jepun. — Bernama

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira