ARTIKEL

Pengerusi Pertandingan, Salleh Chiew.

GEMA Esports PUBG Mobile himpun 16 pasukan, 64 pemain di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan dan 64 pemain bakal berentap dalam GEMA Esports PUBG Mobile yang dijadual berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan, pada 10 pagi 23 Ogos ini.

Kejohanan tanpa sebarang yuran penyertaan tersebut merupakan anjuran Kelab Sukan Elektronik KS dengan kerjasama Gerakan Massa Masyarakat Desa (GEMA) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi inisiatif GEMA@KKDW.

GEMA Esports PUBG Mobile bakal menghimpunkan 16 pasukan dari sekitar Kota Samarahan, Asajaya dan Kuching pada 23 Ogos ini.

Pengerusi Pertandingan, Salleh Chiew berkata, penyertaan kali ini menyasarkan golongan belia dengan setiap pasukan dibarisi empat pemain.

“Harapan saya agar pihak kementerian terus memberi perhatian dengan perkembangan sukan elektronik dalam kalangan belia dan remaja.

“E-sukan bukan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang, malah mempunyai potensi menjana pendapatan kepada golongan belia,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kejohanan berkenaan dapat menjadi wadah kepada golongan belia setempat untuk mengembangkan bakat dalam bidang e-sukan secara lebih terarah, selain memanfaatkan teknologi dan ruang digital menerusi aktiviti yang sihat serta produktif.

“Kita juga berharap pihak kementerian berkaitan dapat memberi perhatian cadangan dan kertas kerja yang dikemukakan NGO seperti kami demi memperkukuh pembangunan e-sukan dalam kalangan belia.

“Usaha ini adalah untuk mengembangkan sukan tempatan dan mengasah bakat anak-anak yang berpotensi,” katanya.

Dalam hal berlainan, beliau berkata pihaknya turut merancang satu lagi kejohanan e-sukan di Asajaya menerusi P-197 Esports Reborn PUBG Mobile yang dijadual berlangsung pada 30 Ogos ini.

Berbeza dengan kejohanan yang menggunakan format peringkat kumpulan, kesemua 16 pasukan kali ini akan terus beraksi dalam pusingan akhir pada hari pertandingan.

Sebanyak enam peta akan dipertandingkan, membabitkan dua peta Erangel, dua peta Miramar dan dua pusingan Rondo mengikut susunan R/E/M/E/M/R.

Pertandingan berlangsung secara luar talian dan peserta perlu menggunakan rangkaian Internet sendiri kerana pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan Wi-Fi.

Kejohanan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan RM2,450 dengan juara membawa pulang RM1,000 berserta piala dan cek replika.

Naib juara menerima RM750, manakala tempat ketiga membawa pulang RM500, dengan kedua-duanya turut menerima piala dan cek replika. Pemain paling bernilai (MVP) pula akan menerima wang tunai RM200.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU