ARTIKEL

Snowdan (dua kiri) menyempurnakan Pra-Pembukaan SACC di International Music House (IMH), di sini, hari ini sekali gus disaksikan Geraldine (tiga kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

Generasi muda digalak hargai muzik dan warisan budaya Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan Pusat Seni dan Budaya Sarawak (SACC) memainkan peranan penting dalam usaha memelihara dan mempromosikan warisan muzik serta kebudayaan etnik Sarawak khususnya dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, pusat berkenaan menyediakan platform kepada masyarakat untuk mempelajari muzik etnik dan alat muzik tradisional Sarawak.

Menurutnya, SACC turut menyediakan ruang untuk masyarakat berkumpul, membuat persembahan, berkongsi idea dan bekerjasama dalam usaha memelihara serta mengembangkan muzik etnik Sarawak.

“Usaha tersebut penting kerana Sarawak mempunyai 34 kumpulan etnik yang telah diwartakan secara rasmi. Ini bermakna kita mempunyai 34 jenis muzik tradisional dan alat muzik tradisional yang berbeza atau mungkin lebih,” katanya ketika berucap pada Pra-Pembukaan SACC di International Music House (IMH), di sini, hari ini.

Snowdan meluangkan masa melawat reruai pameran alat muzik tradisional.

Tambahnya, pusat berkenaan turut menyokong pembuatan alat muzik etnik Sarawak termasuk memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas seperti golongan autisme mempelajari kemahiran praktikal dan berpotensi menjadi laluan kerjaya.

Menurutnya, pusat tersebut turut memberi peluang kepada golongan muda mempelajari kemahiran pembuatan alat muzik daripada pembuat berpengalaman sebelum pengetahuan dan kemahiran berharga ini hilang.

“Ini juga keperluan mendesak (urgency) yang dikenal pasti oleh Dr Geraldine Law-Lee (Pengarah Eksekutif IMH) menerusi kajian muzik etnik yang dilakukannya sejak bertahun-tahun lalu dan saya amat gembira melihat visi ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Meskipun pusat ini berhadapan dengan cabaran dalam memastikan pusat ini dapat dikekalkan dan terus aktif dalam jangka panjang, tetapi saya percaya Geraldine mampu melakukannya dengan sokongan pelbagai pihak,” ujarnya.

Snowdan meluangkan masa melawat reruai pameran alat muzik tradisional.

Dalam pada itu, beliau mengakui golongan muda kini semakin terdedah kepada teknologi digital serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk muzik digital atau kecerdasan buatan (AI) yang semakin menjadi trend.

“Namun, kita tidak boleh lupa bahawa kita mempunyai identiti sendiri. Jika kita hanya mengikut perkembangan dunia, secara perlahan-lahan kita mungkin kehilangan identiti budaya.

“Sebab itu kita dapat melihat negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand begitu menjaga serta memelihara budaya mereka kerana tidak mahu kehilangan identiti budaya.

“Justeru, saya berbangga dengan penubuhan SACC yang menyediakan platform kepada golongan muda untuk mempelajari, menghargai dan memupuk minat terhadap alat muzik serta warisan budaya mereka sejak usia muda,” tegasnya.

Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu kementeriannya akan terus menyokong bidang seni, kebudayaan dan industri kreatif bagi memastikan muzik etnik Sarawak, tradisi pembuatan alat muzik serta pengetahuan budaya terus dipelihara di Kuching dan seluruh Sarawak.

Beliau turut menyambut baik inisiatif IMH, Malaysian Ethnic Ornamental World (MEOW), Shangyin Music Centre, Persatuan Orkestra Tradisional Remaja Sarawak (POTRES) dan KINO yang telah bekerjasama dalam penubuhan SACC.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road