ARTIKEL

Gotong royong bersih tanah perkuburan Jalan Haji Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Lebih 100 penduduk melakukan aktiviti kemasyarakatan melalui Program Goyong-Royong membersih tanah perkuburan Islam Perdana Jalan Haji Karim, di sini, hari ini.

Pengerusinya penganjurnya, Mahli Sepawi berkata, program dianjurkan Persatuan Penduduk Kampung Masjid Sarikei, Masjid al Mutaqqin Sarikei dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya, aktiviti yang bermula pada jam 8.00 pagi itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan menanam semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

“Tujuan utama kerja amal ini dilaksanakan ialah menjadikan tanah perkuburan ini sentiasa bersih dan selesa untuk dilawati.

“Pada masa yang sama, ia juga sebahagian program bagi menyambut kehadiran Ramadan tidak lama lagi,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mahli berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin bersama menjalankan kerja amal seperti itu.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir menjayakan program ini. Mudah-mudahan kita dapat meneruskan penganjurannya pada masa akan datang,” katanya.

Penduduk bergambar beramai- ramai sebelum gotong royong.

 

Antara penduduk yang mengambil bahagian.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira