ARTIKEL

Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor (tiga, kanan) bersama Timbalan Presiden GRS Datuk Seri Masidi Manjun (empat, kanan) pada Perhimpunan Agong Khas GRS di Sabah International Convention Center (SICC) hari ini.

GRS terbuka kerjasama dengan parti lain demi Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah meluluskan usul pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan penstrukturan semula bahagian daripada 74 kepada 26 bahagian.

Presidennya, Hajiji Noor berkata penstrukturan itu menggunakan 25 kawasan Parlimen di Sabah serta Parlimen Labuan sebagai asas pembentukan bahagian menggantikan struktur lama berasaskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata pindaan tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk kelulusan sebelum dapat dikuatkuasakan secara rasmi seperti dilapor BERNAMA.

Menurut Hajiji, langkah itu penting bagi memperkukuh parti, menyusun semula jentera dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang selain memperkukuh kestabilan kerajaan negeri.

Beliau turut memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU